TANGGUNGJAWAB ANDA, PERSARAAN ANDA.

Bertanggungjawab kepada Pendapatan dan Perancangan Persaraan

Salah satu KESILAPAN TERBESAR bagi mereka yang bekerja sendiri adalah mereka tidak merancang persaraan dengan bijak. Walaupun ada kemahuan untuk menabung bagi persaraan, namun masih sukar bagi kebanyakkan mereka untuk mengimplimentasikannya. Seseorang yang bekerja sendiri sebenarnya memerlukan semangat yang lebih kental untuk melabur. Ini kerana lebih banyak risiko dan cabaran yang perlu dihadapi jika dibandingkan dengan pekerja makan gaji.


Contohnya, wang sering diperuntukkan untuk bulan di mana perniagaan tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan, atau bagi membayar invois apabila kutipan daripada penghutang tidak diperoleh pada masa yang ditetapkan. Sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan, kebiasaannya sebahagian besar pendapatan yang diperoleh pada tahun-tahun pertama akan digunakan untuk membayar balik pinjaman, atau bagi untuk meluaskan perniagaan. Disebabkan itu, keperluan untuk simpanan persaraan dan pelaburan acapkali diabaikan.


Dengan pendapatan dijana secara langsung melalui permintaan pelanggan, klien atau organisasi, ini bermakna bahawa anda perlu menjadi lebih pro-aktif dalam merancang persaraan anda. Ini sangat penting bagi yang bekerja sendiri kerana mereka tidak mempunyai skim simpanan yang ditolak secara mandatori daripada pendapatan bulanan.



Memastikan anda mempunyai dana persaraan yang mencukupi

Untuk meneruskan gaya hidup anda sekarang, anda perlu memastikan bahawa dana persaraan anda adalah mencukupi untuk membiayai perbelanjaan bulanan anda ketika bersara nanti, dan mestilah cukup untuk menampung segala keperluan sepanjang tempoh persaraan, selain mampu mengekalkan gaya hidup anda tanpa dipengaruhi oleh kesan inflasi.

Bersedia untuk Persaraan pada setiap Fasa Kehidupan
Wang akan mula bekerja untuk anda saat anda mula menyediakan simpanan untuk persaraan. Tiada istilah ‘lambat’ dalam menyimpan, namun permulaan yang lebih awal semestinya akan memberikan anda kelebihan kerana anda mempunyai lebih banyak masa untuk mengembangkan wang persaraan anda.


Izinkan saya untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada anda. Hubungi / WA / SMS ke 0197497411







Tiada ulasan:

Catat Ulasan