RANGKA KERJA KAWAL SELIA PRS (SKIM PERSARAAN SWASTA)



RANGKA KERJA KAWAL SELIA PRS(SKIM PERSARAAN SWASTA)


Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) memberikan kuasa kepada SC untuk mengawal selia dan menyelia industri PRS.
Rangka_kerja_kawal_selia_skim_persaraan_swasta

Peranan dan Tanggungjawab

Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia

  • diberi kuasa perundangan sebagai pengawal selia industri PRS
  • menyediakan persekitaran kawal selia
  • membangunkan industri PRS

Pentadbir Pencen Swasta (PPA)

  • menyediakan pengurusan akaun berpusat sepanjang hayat, bantuan niaga dan pentadbiran yang cekap
  • sebagai pusat sumber setempat
  • mendidik dan memberikan kesedaran kepada orang awam tentang PRS
  • menyediakan pentadibiran berpusat dan membangunkan industri
  • melindungi kepentingan setiap ahli

Penyedia PRS (PRS Providers)

  • menjalankan kuasa Penyedia PRS bagi tujuan yang betul dan jujur, demi kepentingan ahli keseluruhannya
  • menjalankan tahap ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya
  • menyimpan rekod yang lengkap dan tepat bagi semua maklumat
  • tidak membuat sebarang pelaburan yang mempunyai kepentingan atau manfaat kewangan tanpa kelulusan Pemegang Amanah Skim
  • menyediakan laporan interim, laporan tahunan dan penyata kira-kira

Pemegang Amanah skim (Scheme Trustee)

  • memastikan pematuhan terhadap Pegawai dan Delegasi PRS
  • menyediakan penilaian dan penetapan harga yang tepat
  • memastikan ketepatan seluruh transaksi bagi mengelakkan sebarang kos yang tidak diperlukan ataupun risiko kepada dana
  • menguruskan perakaunan yang sepatutnya untuk semua akaun

Pengedar dan Perunding PRS (PRS Distributors and Consultants)

  • Pengedar PRS mestilah mempunyai lesen untuk berurusan dalam PRS di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA)
  • Perunding PRS (Consultant) adalah wakil-wakil Penyedia PRS dan perlu berdaftar dengan FIMM
  • Penasihat PRS Institusi (IPRA) adalah wakil-wakil bank yang berlesen untuk melaksanakan skim PRS untuk lebih dari satu Penyedia PRS.
  • Penasihat PRS Korporat (CPRA) adalah firma perancangan kewangan yang mewakili dan menjual produk lebih daripada satu Penyedia PRS, dan boleh bertindak bagi pihak pencarum
  • Perunding PRS mesti mempunyai pengetahuan tentang industri PRS
  • Perunding PRS haruslah memiliki tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

Izinkan saya untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada anda. 
Hubungi Maswati  / WA / SMS ke 0197497411


Tiada ulasan:

Catat Ulasan