Jumaat, 29 April 2016

APAKAH PRS?

Apakah PRS atau Skim Persaraan Pencen Swasta Malaysia



Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah di mana teknik pencen yang digunapakai oleh Kakitangan Kerajaan mulai dijadikan satu model kepada kakitangan swasta supaya apabila mereka pencen nanti, kebajikan mereka lebih terjaga dan dapat menambah tabungan pencen dengan lebih tinggi dari nilai asal.

PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.

Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia.

Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan