SKIM PELABURAN MELALUI KWSP

Skim Pelaburan CWA Unit Amanah Melalui
Skim KWSP

Picture




 Skim pelaburan cwa unit amanah melalui kwsp sudah lama diperkenalkan oleh pihak kwsp semenjak lebih 10 tahun yang lalu.  Sudah semakin ramai ahli kwsp mengeluarkan akaun 1 (mengikut syarat-syarat tertentu) mereka untuk melabur ke dalam dana-dana unit amanah.   Pelaburan ini dibuat untuk memberikan pilihan alternatif kepada ahli kwsp untuk mengambil bahagian dalam pelaburan unit amanah yang juga boleh memberikan pulangan jangka panjang yang baik. Sekalipun ia terdapat risiko dalam pelaburannya, tapi untuk jangka panjang ia sudah terbukti boleh memberikan pulangan yang baik.   Ahli kwsp boleh melabur ke dalam cwa unit amanah yang dibenarkan dengan mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh pihak kwsp.   Tujuan paling utama ialah untuk membolehkan pelabur mendapatkan pulangan akumulatif yang baik semasa persaraan kelak.  

1.4 Juta Diperlukan Untuk Bersara Dengan Baik

Picture

Daripada perkiraan pakar perancangan kewangan, sebenarnya kita memerlukan sekitar 1.4 juta semasa bersara dengan mengambil kira mengekalkan gaya hidup yang sama dan kenaikan kadar inflasi semasa bersara.  Persoalannya sekarang adakah kita boleh bersara dengan duit sebanyak itu ?  Adakah duit di simpanan kwsp kita boleh mencecah 1 juta semasa bersara.
Saya rasa anda tahu jawapannya, memang ia jauh daripada mencukupi.  Rata-rata kebanyakan pesara hanya ada dalam sekitar 120 ribu sahaja di kwsp apabila mencecah 55 tahun.  Oleh yang demikian, pelaburan dana unit amanah boleh memberikan pilihan pelaburan alternatif kepada ahli yang layak melabur untuk pulangan masa panjang yang baik.  Ini kerana terdapat dana-dana yang dibenarkan bersifat seperti agresif, moderate, seimbang yang mampu memberikan pulangan akumulatif jangka panjang yang kompitatif.  Walau apa-apa pun pelaburan ke dalam unit amanah melalui skim kwsp adalah pilihan ahli kepada ahlinya sahaja diwajibkan.  Terpulang kepada anda untuk merancang kewangan persaraan anda.

HUBUNGI SAYA PERUNDING KEWANGAN BERDAFTAR:

MASWATI

0197497411

Tiada ulasan:

Catat Ulasan